Monday 10 September 2012

Uji Pengamatan Murid

Bagi melihat sejauh mana tahap pengamatan murid, terdapat beberapa gambar ilusi yang boleh diguna pakai oleh guru bagi menguji muridnya. Antaranya ialah:

Guru boleh menunjukkan gambar ini dan menanyakan kepada murid apa yang dilihat dalam gambar ini?. Guru juga boleh menanyakan berapa banyak binatang yang terdapat dalam gambar ini?. Selain itu juga, guru boleh menanyakan nama-nama haiwan yang terdapat pada gambar ini?.

Selain daripada gambar ini, terdapat juga gambar yang seumpama ini yang mempunyai gambar di dalam gambar. Antaranya ialah:

                                                                Gambar manusia

                                                        Gambar kuda


Bagi menguji pengamatan murid, guru juga boleh menggunakan gambar ilusi yang mengalami pengulanagan bentuk. Antaranya ialah:






Sunday 9 September 2012

Latihan Suku Kata KV





Kemahiran Seni Dalam Pendidikan Pemulihan

Pendidikan seni merupakan salah satu cabang dalam pendidikan di negara. Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk. Seni yang ingin saya kongsi bersama ialah terbahagi kepada tiga iaitu seni visual, seni bunyi dan seni pergerakan.

1. Seni Visual

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

Melalui seni visual ini, kita akan dapat melihat psikologi kanak-kanak dan cuba untuk memahami apa yang sedang difikirkan oleh murid ketika itu. Hal ini yang demikian seni visual akan membantu guru dalam memahami masalahmurid dengan cara yang lebih kreatif dan tidak disedari oleh murid.









2.  Seni Muzik

Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat sosial di negara kita. Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita dari dahulu hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada manusia dalam kehidupan sosial. Ahli falsafah berpendapat manusia secara semulajadi mempunyai tarikan terhadap muzik.. Fakta ini jelas kerana muzik menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja dapat dinikmati melalui pacaindera malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan seseorang itu. Muzik dapat memberi kesan dalam hidup orang ramai melalui seni,irama dan lagu. Muzik juga dapat ditontonkan dan dipersembahkan melalui pelbagai cara samaada secara terus ataupun melalui media. Persembahan muzik bukan sahaja dapat dilakukan dengan pelbagai cara malahan dapat dipersembahkan oleh kaum lelaki mahupun wanita. Menurut kamus dewan pula seni muzik merupakan satu gubahan bunyi yang menghasilkan hiburan dalam bentuk lagu dan irama yang indah dan menyenagkan. Seni muzik juga sentiasa berubah-rubah melalui aliran dari zaman ke zaman.

Muzik digunakan bagi menaikkan lagi suasana yang menyeronokkan. Suasana yang terbentuk akan membantu guru menyediakan murid dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan.





3.  Seni Pergerakan

Dalam Seni Pergerakan individu melahirkan perasaan melalui gerakan.  Seseorang yang mengambil bahagian dalam main peranan mengikut imaginasi mereka. Mereka melahirkan perasaan melalui lakonan drama dan bacaan puisi.  Menunjukkan semangat kerjasama dalam persediaan dan persembahan. Membuat gerak badan berdasarkan muzik yang ada kaitan dengan cerita yang didengar.
Kemahiran yang berasaskan Seni Pergerakan terdiri daripada bidang pergerakan kreatif, tarian, drama, main peranan, lakonan, teater, pentomin, simulasi, gimrama  dan  puisi.

Menggunakan seni pergerakan ini dalam pengajaran, guru akan memberi peluang kepada murid untuk turut serta dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Oleh itu, kefahaman murid dapat dilihat melalui gerakan yang diperlihatkan.


Kesimpulannya, kemahiran seni dapat membantu guru dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik bagi membantu murid memahami setiap pengajaran yang disampaikan agar mereka tidak tercicir berbanding murid yang lain. 

Mengajar Suku Kata : Kaedah Suku Kata

KAEDAH SUKU KATA
Bagi mengajar murid suku kata, guru boleh menggunakan kaedah ini. Kaedah ini akan membantu murid untuk mengeja dan membaca suku kata dengan mudah.

1. Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal.
2. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.
3. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka.
4. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Beberapa jenis suku kata :
(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)

  Selepas mengajar murid dengan menggunakan kaedah suku kata, guru juga menggunakan video sebagai alternatif lain untuk mengajar murid mengenal suku kata.


Guru boleh memainkan video ini sambil menyuruh murid mengikut apa yang ditonton dan diperdengarkan. Guru juga boleh menghentikan video pada bahagian yang tertentu untuk mengajar murid tentang suku kata.

Selain daripada menayangkan video kepada murid, guru juga boleh menjalankan aktiviti lain seperti permainan bahasa. Contoh permainan bahasa yang boleh diperkenalkan ialah:

  1. Teka teki


















2.  Sisipan Suku Kata







3.  Susun Huruf Membentuk Perkataan



Permainan: Mengenal Huruf


Permainan ini yang memerlukan daya tumpuan murid dalam mencari susunan abjad yang betul. Alamat bagi permainan ini boleh ditekan pada alamat url dibawah.
 http://www.playkidsgames.com/games/wam/default.htm#

Arahan:


  1. Murid perlu melihat pada skrin komputer bagi melihat animasi tikus yang memegang huruf.
  2. Murid dikehendaki menggunakan 'mouse' atau tetikus dan tekan pada butang kirinya bagi memukul kepala tikus.
  3. Murid perlu memukul pada tikus yang memegang susunan kad abjad yang betul sahaja. Jika murid memukul kepala tikus yang memegang huruf yang tidak mengikut susunan, tikus tersebut akan masuk kembali ke dalam lubangnya.
  4. Untuk memainkan permainan huruf ini, aplikasi java perlu di masukkan kedalam prisian komputer.
Kelebihan:
  1. Membantu murid untuk mengenal huruf dengan turutan yang betul.
  2. Huruf kecil yang ditunjukkan mudah dilihat dan difahami oleh murid.
  3. Tiada had masa untuk menyudahkan permainan ini.

Kaedah Abjad


1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, …… hingga Z.
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid.
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.

6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar.
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

Bagi menarik perhatian murid, guru boleh juga menunjukkan visual huruf-huruf dengan mengunakan video.


Video ini juga boleh menggantikan peranan kad abjad di mana guru akan menjalankan kaedah abjad seperti biasa.

Selain daripada itu juga, guru boleh menggabungjalinkan kemahiran seni untuk membantu murid dalam mengerakkan motor halus dan membantu mereka memahami dan mengenal huruf melalui deria sentuhan mereka.


Ciri-Ciri Guru Pendidikan Pemulihan Khas

Guru pemulihan yang baik perlulah memiliki sikap yang penuh dengan disiplin. Contoh sikap guru pemulihan ialah:

1. Boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P).
2. Komitmen yang menyeluruh
3. Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.
4. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa dan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan.
5. Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.

Peranan Guru Pendidikan Pemulihan Khas
Guru Pendidikan Pemulihan memainkan 5 perkara penting iaitu :

1. Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role)
- Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.
- Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
- Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2. Preskriptif (Prescriptive Role)
- Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
- Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.

3. Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentic)
- Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.
- Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

4. Peranan Khidmat Bantu (A Supportive Role)
- Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan- bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M.

5. Peranan Perhubungan (A Liaison Role)
- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.
- Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

Proses Pelaksanaan Pemulihan

Carta Alir Proses Program Pemulihan


Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk
ditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh
dilakukan oleh :

1.Guru Kelas
Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan
pencapaian murid dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira, hasil kerja
murid dalam kelas, keputusan ujian bulanan, semester dan ujian setiap kemahiran.

2. Guru Mata Pelajaran
Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan
murid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan
kepada pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai
kemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas
pemulihan.

3. Guru Besar
Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad
laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

4. Ibu bapa / penjaga
Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti
program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak
mereka.

Proses Pengumpulan Maklumat
 

(a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan
memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan
membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau
tidak.
(b) Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek
penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang
mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid.
(c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata
pelajaran-mata pelajaran asas.
(d) Lain-lain sumber maklumat ialah :-
      (i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid,
           pemerhatian dan perhubungan.
     (ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu
           berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf
           kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain.
    (iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan
           perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran.
    (iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan-kelemahan murid.
(e) Borang Rujukan mengandungi:-
      (i) kemahiran asas membaca dan menulis
     (ii) kemahiran asas mengira
    (iii) tingkah laku di bilik darjah

 Proses Saringan

(a) Fungsi:
      Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap
kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh
murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan
Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan
bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan
untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan
khas
      Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang
telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu
senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam
Jadual Penentu Ujian.
      Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu ujian akan
dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan
direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan.
Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan
beberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh
murid dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas.
(b) Instrumen Ujian Saringan:
     (i) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran
          Bahasa Malaysia
     (ii) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics
Proses Diagnosis 

Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan
Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas
mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap
murid.

(a) Fungsi:
Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru
pemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang
dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk
objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai
peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami
ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai
sesuatu kemahiran.

(b) Instrumen Ujian Diagnostik
Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru
Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program
Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia digunakan untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untuk
mengikuti kelas pemulihan. Guru hanya perlu memilih dan merancang serta
membina ujian diagnostik yang benar-benar tepat serta mencapai kriteria
yang dikehendaki.

Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan

Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi
interpretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan
analisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan
seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantu
guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah
kesukaran yang dihadapi.
Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu
program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu
kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan
ujian diagnostik tersebut, guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah
kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu
guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Tindakan Susulan

        Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan
menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan
dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata
pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain
bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.
Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke
kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya. Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas
biasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid
tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.
Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai murid, guru kelas, guru mata
pelajaran dan guru pemulihan perlu bekerjasama di antara satu sama lain. Mereka
mesti membuat perancangan yang bersesuaian untuk murid tersebut agar mereka
dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas biasa. Guru kelas dan mata
pelajaran hendaklah mengenal pasti strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang telah
dipulihkan.

Kesimpulan

Strategi pelaksanaan program pemulihan merupakan satu langkah yang penting ke
arah kejayaan sesuatu program pemulihan di sekolah-sekolah. Strategi
pelaksanaan program tersebut dapat membantu guru pemulihan untuk
melaksanakan program pemulihan dengan lebih berkesan. Selain daripada itu
strategi pelaksanaan perlu mantap bagi melahirkan ciri-ciri pemulihan yang berkesan
terhadap murid-murid yang gagal menguasai kemahiran menulis, membaca dan
mengira.






Konsep Pendidikan Pemulihan



      Program Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid
yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus
KBSR. Ia memerlukan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk
memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak murid-murid yang menghadapi kesulitan terhadap kemahiran-kemahiran 3M. Murid-murid pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau kelas pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.(National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain -1977)
      Menurut Mat Nor Husin dan Jais Sahok 1990, konsep pendidikan pemulihan khas
ialah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang gagal di peringkat bilik
darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka
yang tidak bermasalah. Bersandarkan kepada pendapat tersebut pendidikan
pemulihan khas dapat dirumuskan sebagai satu perkhidmatan yang diadakan
khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya
dalam menguasai satu-satu kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira
yang merupakan fokus utamadalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .
Bagi Koh Boh Boon 1982, konsep pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas yang
lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Ia
melibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka yang lembab dan gagal menguasai
kemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru dalam kelas biasa berbanding dengan
murid-murid lain.
         Pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan
imbuhan. Ia dikenali juga sebagai ‘remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu
suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi
masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.
Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu
yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang
cacat.
         Pendidikan Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran
yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar
dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Konsep
Pemulihan KBSR ialah ia dilaksanakan dalam kelas biasa mengikut mata pelajaran
yang tertentu. Kumpulan-kumpulan akan dibentuk dan murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran 3 M akan dibimbing dan dipulihkan bagi menguasai
kemahiran tersebut. Murid-murid ini dibimbing dan dipulihkan oleh guru mata
pelajaran tersebut dengan mendapat khidmat nasihat daripada Guru Pendidikan
Pemulihan Khas. (BukuPanduan Am KBSR - 1982)
       Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa.
Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi
yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab
perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar
negara. Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah.
Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan
juga menjurus kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas adalah
bergantung kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelas
pemulihan khas hanya terdiri daripada satu ‘bay’ atau berada di lorong laluan. Tetapi
kini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyai
kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang mampu
menjana perubahan kepada murid-murid pemulihan bagi mengatasi kelemahan
mereka.
         Konsep pendidikan pemulihan khas seterusnya ialah pengajaran pemulihan adalah
berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh muridmurid
tersebut. Sebelum mereka ditempatkan di kelas pendidikan pemulihan khas
mereka akan mengikuti prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta alir
pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas seperti mengenal pasti murid
yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka.
Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil dan
kurikulum yang anjal yang boleh diubahsuai bagi membolehkan murid-murid ini
menguasai kemahiran membaca, menulis.dan mengira. Dalam mengajar sesuatu
kemahiran , guru pendidikan pemulihan khas hendaklah mempermudahkan gerak
kerja dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya murid boleh
melaksanakannya, mendapat kepuasan dan menguasai kemahiran yang diajar.

Pengenalan Kepada Pendidikan Pemulihan

Definisi Pendidikan Pemulihan

         Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan
mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan
pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :
Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme ofEducational
Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan
Malaysia, pengajaran pemulihan ialah: a process in which children with learning
problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in
education.
       Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling
KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan
pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi
masalah pemelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya
ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah
kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.
Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan
pendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi munid-munid yang menghadapi
masalah pemelajaran. Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia (1984), dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkahlangkah
khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah
pemelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan pendidikan pemulihan adalah satu
tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di
pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang
diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh
guru pemulihan.
Bagi Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983), menegaskan bahawa pendidikan
pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan
kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah
biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira.
        Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979
mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan
memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan
meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian muridmurid
normal.
      Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui
pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah.
Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang
bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan
dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum
yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi,
tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta
disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)
yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial,
pakarjiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Kesimpulan pengajaran pemulihan
adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pemelajaran disekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses
pendidikan disekolah dan dapat seiring dan setarafdengan rakan mereka yang lain.
.Albertwhite (1977), pula menyatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah suatu
bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan
yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa; ‘by
remedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis which
forms the basis for scientific remedial procedures’.
Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan bagi United Kingdom (1975),
mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu program pengajaran khas yang
dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi
masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.
Persatuan ini juga mengatakan pengajaran pemulihan sebagai tindakan khusus
yang diambil untuk mengatasi kesusahan dan segi pembelajaran dalam kelas khas
di sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan
dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
Creber (1974), beliau mentakrifkan pengajaran pemulihan sama dengan pengajaran
imbuhan. Menurut beliau, pemulihan kadangkala merupakan pengalaman pengalaman
yang tidak dinikmati oleh kanak-kanak yang tidak bernasib baik.
          Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa
pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi
murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pembelajaran. Menurut
beliau; ‘Remedial education is regarded as the kind of education required to meet needs
which are the result of learning disabilities, that is learning failure which cannot be
explained by any reference to inadequacies in the pupils enviromental situation or
life experience’. Menurut Tansley (1967) pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi
membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.
      Menurut Pringle (1966), satu pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang
diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta
berkemahuan dan berkebolehan belajar melalui latihan yang sistematik dan dapat
memenuhi keperluan-keperluan mereka
Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran
yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini
ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam
mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Collins telah
menyimpulkan pendidikan pemulihan sebagai; ‘special education treatment
ofchildren found to befailing in the basic school subjects of reading, spelling and
number’..
       Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai ‘the ambulance of
educational system’. Oleh itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu
pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau
digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan
disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid.
        Menurut Blair (1956), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pemelajaran untuk mengikis
segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-munid lambat. Selain
definisi pendidik dan Barat, terdapatjuga definisi yang telah diubahsuaikan oleh ahli
pendidik tempatan mengikut keperluan tempatan.