Sunday 9 September 2012

Konsep Pendidikan Pemulihan



      Program Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid
yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus
KBSR. Ia memerlukan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk
memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak murid-murid yang menghadapi kesulitan terhadap kemahiran-kemahiran 3M. Murid-murid pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau kelas pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.(National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain -1977)
      Menurut Mat Nor Husin dan Jais Sahok 1990, konsep pendidikan pemulihan khas
ialah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang gagal di peringkat bilik
darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka
yang tidak bermasalah. Bersandarkan kepada pendapat tersebut pendidikan
pemulihan khas dapat dirumuskan sebagai satu perkhidmatan yang diadakan
khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya
dalam menguasai satu-satu kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira
yang merupakan fokus utamadalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .
Bagi Koh Boh Boon 1982, konsep pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas yang
lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Ia
melibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka yang lembab dan gagal menguasai
kemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru dalam kelas biasa berbanding dengan
murid-murid lain.
         Pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan
imbuhan. Ia dikenali juga sebagai ‘remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu
suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi
masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.
Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu
yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang
cacat.
         Pendidikan Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran
yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar
dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Konsep
Pemulihan KBSR ialah ia dilaksanakan dalam kelas biasa mengikut mata pelajaran
yang tertentu. Kumpulan-kumpulan akan dibentuk dan murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran 3 M akan dibimbing dan dipulihkan bagi menguasai
kemahiran tersebut. Murid-murid ini dibimbing dan dipulihkan oleh guru mata
pelajaran tersebut dengan mendapat khidmat nasihat daripada Guru Pendidikan
Pemulihan Khas. (BukuPanduan Am KBSR - 1982)
       Pendidikan Pemulihan Khas berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa.
Guru yang mengajar kelas pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi
yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, maktab
perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar
negara. Hasilnya guru pemulihan khas mempunyai kepakaran yang khusus bagi
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah.
Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan
juga menjurus kepada kelemahan murid. Keluasan kelas pemulihan khas adalah
bergantung kepada kekosongan bilik darjah. Peringkat awal pelaksanaan ada kelas
pemulihan khas hanya terdiri daripada satu ‘bay’ atau berada di lorong laluan. Tetapi
kini kelas pemulihan khas telah mengalami transformasi dan mempunyai
kelengkapan yang terbaik bagi menghasilkan kelas yang kondusif yang mampu
menjana perubahan kepada murid-murid pemulihan bagi mengatasi kelemahan
mereka.
         Konsep pendidikan pemulihan khas seterusnya ialah pengajaran pemulihan adalah
berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh muridmurid
tersebut. Sebelum mereka ditempatkan di kelas pendidikan pemulihan khas
mereka akan mengikuti prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta alir
pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas seperti mengenal pasti murid
yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka.
Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil dan
kurikulum yang anjal yang boleh diubahsuai bagi membolehkan murid-murid ini
menguasai kemahiran membaca, menulis.dan mengira. Dalam mengajar sesuatu
kemahiran , guru pendidikan pemulihan khas hendaklah mempermudahkan gerak
kerja dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya murid boleh
melaksanakannya, mendapat kepuasan dan menguasai kemahiran yang diajar.

No comments:

Post a Comment